May 27, 2014

Berakhirnya Sebuah Pengakhiran

Assalamualaikum,

Well said, hehe.. hari ni rase tenang, tenang sebab sebuah pengakhiran telah berakhir. Bila mana beberapa org yang aku kenal dah mula or/and telah mula move on dari satu situasi/status ke suatu situasi/status yang lebih baik. Menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam, dan hari esok akan lebih-lebih baik dari hari ini, Insyaallah.

Orang yang dimaksudkan adalah, 2 org rakan sekerja akan mendirikan masjid dalam sminggu dua ni, iaitu En. Yusuf Nawawi (29 or so), & En. Rahemmi (28 or so), semoga berbahagia dengan pasangan pilihan masing-masing. Dan juga rakan seperjuangan dulu, yang berjaya mengharungi liku-liku kehidupan dan menemui sinar baru dalam hidup mereka.

Akan tiba masa untuk kita menjadi lebih kuat demi menghadapi hari esok, sebab apa yang berlaku hari ini mempunyai hikmah tersendiri pada hari esok. Allah takkan mensia-siakan apa yang telah kita lakukan, dengan niat yang betul, sebab tanpa usaha kita tidak dapat merubah apa yang akan berlaku. Dan walaupun dengan usaha, tanpa izin Allah, apa yang akan berlaku tidak akan berubah. Namun, apa yang kita doa, Allah pasti mendengar, doa diterima atau dimakbulkan, itu urusan Allah, diluar kemampuan kita, hamba sahaya.

It's been a tough week, bila mana my wife dapat tawaran cikgu ganti di Besut, dan aku bertugas di Kemaman. Hanya berkomunikasi melalui fon. Namun aku percaya, semua itu ketentuan. Aku buat keputusan untuk kebaikan, untuk kemajuan kami berdua. Apa pun cubaan, aku akan hadapi semampunya. Dan hari ni, my wife naik bas datang ke Kemaman, sebab sekolah cuti seminggu.

May she bring me a brighter day. Insyallah.

-Wan-

No comments: