Sep 28, 2015

Selamat Tinggal

Assalamualaikum wbt & Salam Kesejahteraan kepada semua,

Beberapa hari lagi, genap 2 bulan aku bertugas di tempat baru. Syukur tiada insiden yang tidak elok di antara aku dan staf tempat kerja lama. Pada mula berkhidmat di sini, aku dikhabarkan yg mana tidak akan berlaku sebarang pertukaran staf antara jabatan sbb tugasan di sini adalah specialist, yg hanya boleh implement di situ. Maka tiada ruang utk bertukar angin atau mencuba ruang kerja lain sepanjang berada di sini. 

Namun, terdapat insiden di mana, ada seorg staf telah berjaya mengeluarkan diri dari pejabat lama aku tu, tanpa pengetahuan bos pun. Sedar² dah sampai surat berpindah. Ada bagusnya sbb boleh bertukar, sekiranya diketahui oleh bos, nescaya bos akan potong line di pertengahan proses pertukaran tersebut. Yg tak bagus adalah, bos akan jaja perkara² tak elok berkenaan staf tersebut, biarpun setelah sekian lama. Bos ni akan cuba api² kan berkenaan kerja dan peribadi staf tersebut kepada bos barunya. Tak terbayang betapa manusia boleh menjadi begitu teruk, bilamana ego tercabar dan maruah tercalar. Semoga dilembutkan hati dan diberi peluang untuk bertaubat selagi masih bernyawa.

Jadi tanggal 1 Ogos aku mula melaporkan diri kepada bos baru, seorang dekan berpangkat Ir. Dr. Jika di UTM, pangkat ni bersepah, dan belum lagi boleh menjadi dekan. Namun itu lah dia bos baru. Aku dikhabarkan juga bahawa bos lama aku, dah pun buruk² kan aku kepada bos baru, seperti mana yg dia lakukan sebelum ni. Aku redha, sbb aku dah faham perangai dia, itu adalah hobinya, memburukkan orang lain, tak boleh tengok orang lebih sikit. Typical malay.

Aku kena tukar sbb pada 1 September adalah tarikh untuk aku renew kontrak kerja. Oleh itu, bos lama aku dipanggil untuk justify samada aku hendak disambung kontrak atau terminat, atau tukarkan jabatan. Bos lama aku hanya boleh cadang kepada pihak Sumber Manusia, keputusan di tangan mereka. Rata-rata staf lama mmg dah masak dgn bos lama aku tu, jadi mereka buat keputusan untuk pindahkan aku ke bahagian akademik, fakulti. Namun, sebab nama aku dah diapi² kepada dekan, dekan pun termakan hasutan, di mana dekan cuba utk reject aku dari dipindahkan ke fakultinya. Tapi in the end, HR berkeras supaya cuba dulu, baru tahu.

Sekarang, aku masih belajar memahami prosedur baru, gerak kerja baru. Workload berganda² lebih banyak dari tempat kerja lama. Namun ruang untuk belajar terbuka luas. Dan bos baru aku bagitau yang dia boleh bekerja dgn aku, secara tidak langsung menyangkal perkhabaran yg dibawa oleh bos lama adalah tidak tepat. Setiap orang mempunyai gerak kerja berbeza dan mempunyai kesesuaian bekerja dgn org berbeza.

Jika berada dgn orang yg salah, maka potensi sebenar kita tidak akan menyerlah. Maka berilah peluang kepada diri sendiri bila mana kita berada di penghujung pengharapan untuk berubah, kepada perkara baru, suasana baru, teammate baru, dan apa jua yang baru² agar kita lebih kritis dalam menilai di mana kemampuan diri kita. 

Jika aku dulu merasakan quit SKIT adalah satu tindakan yang merugikan, maka ketahuilah, tiada siapa yang lebih mengetahui apa yang akan berlaku melainkan ALLAH. Hari ini, aku rasa bersyukur dgn apa jua yang telah berlaku, kerana Allah bagi peluang kepada insan kerdil ini untuk bertaubat, berfikir dan merancang, untuk masa depan. Semoga kejayaan bersama rakan-rakan SKIT sekalian. Aku tetap sayang korang mcm aku sayang diri aku.