Oct 12, 2014

Dosa, Kemaafan & Usaha.

Assalamualaikum, pagi tadi merupakan hari konvokesyen kali ke-8 TATIUC. Penyampaian Diploma & Ijazah kepada kira2 460 bakal Alumni TATIUC. Ni kali ke-2 aku terlibat secara langsung dgn acara konvo mcm ni. Last year, aku masih tak tahu ape2 lagi, skang dah pandai in-charge sikit.

Bila tengok budak2 ni konvo, teringat bila aku konvo dulu tahun 2011. Susah payah belajar kat UTM, dengan kehidupan single, kaki keluar malam lepak McD, merempit sana sini sorang2 sbb bosan. Minggu pertama kat UTM aku dah pakai RXZ. Orang lain takde kenderaan lagi time tu, so moto aku la jadi bahan pinjaman bebudak satu kos. Ada yang isi minyak, ada yang buat buta tuli je pakai tak reti nk isi minyak. Time tu takde lagi kenaikan harga minyak ni. Tapi pakai RXZ tak lama, lepas je hantar repair pedal starter kaki dan tukar asbestos dalam ekzos, seminggu lepas tu hilang kat Jusco Taman U. Hari jumaat lepas balik ofis, masa tu LI kat Pejabat Kewangan Bahagian Staff, singgah Jusco nak g toilet & solat Asar, dalam 15mins je keluar tengok dah takde. Masa tu cadang nk gi beli makanan kat Pasar Malam Tmn U. Moto yang asalnya milik abang aku tu mmg legend, enjin virgin tak pnah kacau. So, kemungkinan besar, moto aku tu dah kne aim lama dah. 

Walaupun moto dah hilang, abang aku selaku pemilik asal moto tu takde pulak nak basuh2 aku, marah2 aku, maki2. Tapi pasrah je, redha je. Aku pulak yang rasa bersalah lebih. Dari situ, aku belajar erti memaafkan, dan redha dengan qada' qadar yang Allah telah tetapkan. Banyak aku belajar selama aku duduk kat UTM ni. Kenal erti kawan2, kenal erti cinta, kenal erti dosa pahala. Walaupun terbabas jauh, Allah tetap bagi peluang kat aku untuk balik ke jalan yang asal.

Aku mengaku aku tak ramai kawan kat UTM, sebab aku lebih suka menyendiri. Aku tak suka terikat dgn sapa2 dalam apa jua aktiviti. Aku lebih suka untuk in-charge masa aku sendiri, nak pegi mana, balik kul berapa. Biar la org cakap aku sombong ke, penting diri sendiri ke, kedekut ke. Bila part2 yang mmg perlu keluar ramai2 macam bila naik kereta aku behave je, follow je. Takde masalah, tapi most of the time mmg aku sorg2. Aku tak kesah. 

Bila dah start master, yang aku mula2 buat masa dari jadi RA dgn Dr. Min, pastu jadi ARO dgn Prof Hafidz, aku mula kenal erti rakan sekerja, erti buat kerja secara berkumpulan, erti hidup bersama. Mula timbul rasa nak cari teman hidup, dan memang aku betul2 nak cari teman hidup. Jumpa the only one yang aku rasa sesuai dan boleh memahami cara hidup aku tanpa prejudis, seorang yang mmg lain dari yang lain, bertanggungjawab. Namun jodoh tak panjang. 

Hidup aku jadi umbang ambing, dan aku boleh rasa si dia pun gitu. Ada juga idea untuk melawan ketentuan, mendesak tanpa henti, berani mengharungi akibat perbuatan. Dan kesudahan yang pasti, tanpa restu, tanpa berkat, tanpa persaudaraan, tanpa ikatan. Aku akan jadi seperti aku di UTM dulu, sebatang kara, pagi petang siang malam sorang2. Walaupun aku akan bersama dia, tapi kehilangan keseluruh kehidupan aku sebelum tu. Aku hilang jati diri, hilang asal usul, hilang keberkatan hidup. 

Bagi sesetengah orang, bersama dengan orang yang tersayang dah cukup utk justify perbuatan tanpa mengambil kira apa yang orang dah korbankan untuk diri kita dari kecil sampai ke hari berkenaan. In the end, orang yang sayang kita hanya nak perkara yang terbaik untuk kita. Diorang tak gain apa2 jika kita bahagia, diorang pun tak rugi apa2 kalau kita merana. Tapi, orang yang sayang kita, akan cuba sedaya upaya untuk bantu kita tak kira apa salah silap kita, apa dosa kita, apa sejarah silam kita. Itulah ibu bapa, keluarga kita. Memutuskan hubungan dgn mereka adalah seperti memutuskan hubungan dgn dunia luar, dan gi duduk dalam hutan, dalam gua, dan hanya berkomunikasi dgn pokok, binatang dan batu. 

Aku tahu masa lalu aku tak boleh nak patah balik untuk perbetulkan keadaan, undone perkara yang telah berlaku. Tapi aku tahu keampunan Allah tu amat luas, walau sebanyak mana dosa2 macam pasir kat pantai, selagi mana tak syirikkan Allah, tak sekutukan Allah, ada ruang2 untuk bertaubat. Namun dosa sesama manusia takkan selesai selagi mana si pesalah tak minta maaf, dan si mangsa tak memaafkan. Aku tahu di Padang Mahsyar nanti, aku akan kena cari balik mereka2 ni, merangkak2, hanya untuk meminta maaf walau sekecil2 dosa. Aku tahu tu, tapi aku tetap akan usaha untuk memohon maaf, kepada mereka yang berkenaan, selagi mana aku berpeluang, selagi mampu menarik dan menghela nafas, Sebab aku tak tahu bila ajal, maut akan menjemput. Yang pasti aku semakin hampir dengan kematian, setiap saat yang berlalu. 

Sekian, wassalam.

Oct 11, 2014

Duniaku duniamu terpisah.

Assalamualaikum, jarang-jarang sekali aku publish anything mcm ni. Masuk ke ruangan blog ni utk type something selalu sangat, tapi tak sure nak tulis ke tak. In the end, save je la as draft, dah lama skali skala jenguk tengok kot2 ade semangat nk sambung balik.

Tapi kali ni aku gagahkan jugak la, after lebih setahun aku keluar dari impian dan hidup yang aku usahakan. Sungguhpun gitu, aku takde rasa kesal, sedih sebab aku mmg betul2 pegang rezeki, jodoh, ajal maut tu dah memang ditetapkan. Usaha macam mana pun kalau dah bukan utk kita, sampai mati pun takkan. Kalau dah memang utk kita, takyah cakap la, kejap je kalau benda nak jadi ni. Ada part yang kita kena korbankan segalanya utk dapatkan apa yg kita nak, ada jugak part kita takkan dapat walaupun dah korban semua benda.

"Apa khabar orang di sana? Aku betul2 harap korang sehat, ceria & terus berjaya dalam bidang korang. Semoga cepat2 la korang fly ke Dubai". Kadang2 benda2 mcm ni hanya berlegar2 di dalam fikiran aku. Kadang2 dah siap taip, tnggu nak send je, tapi tak send. Selalunya nak say "Hi!" tapi sebut kat depan FB kat page korang. Tak kesah la dah unfriend ke, block ke. Aku tetap sayang korang dan aku mintak maaf atas segala kesalahan yang aku pnah buat secara sedar atau tak sedar. Aku betul2 kesal dengan apa yang dah jadi antara kita selama ni.

Hanya Allah je yang tahu perasaan yang aku pendam selama ni, dan hanya Allah je yang tahu apa yang terbaik utk aku dan korang. Cuma jangan abaikan Allah, Allah takkan abaikan kita. Ada masa kita lalai, terbabas, tapi Allah bagi masa untuk kita balik semula bertaubat, mohon ampun. Selagi kita hidup apa jua kemungkinan boleh jadi. Doa ngan Allah, macam aku buat tiap2 malam, sebelum tido.

Tapi kenangan, tetap akan jadi kenangan, sampai bila2. Hari ini pun akan jadi kenangan jugak nanti. Hari esok belum tahu apa akan jadi walaupun dah rancang dgn teliti. Oleh sebab itu, mungkin ajal aku sampai bila2, maybe esok, maybe lusa, maybe japgi. Aku dengan rendah hati memohon maaf, ampun sekali lagi, dan mungkin utk kali terakhir, kepada semua yang mengenali, halal makan minum, hutang2 boleh inform berapa, Insyaallah aku bayar, dan untuk sesuatu yang aku telah ambil, yang tak dapat utk aku pulangkan. Aku betul2 menyesal dan memohon maaf.

Semoga Allah membalas jasa, budi baik korang. Wassalam.