Sep 28, 2015

Selamat Tinggal

Assalamualaikum wbt & Salam Kesejahteraan kepada semua,

Beberapa hari lagi, genap 2 bulan aku bertugas di tempat baru. Syukur tiada insiden yang tidak elok di antara aku dan staf tempat kerja lama. Pada mula berkhidmat di sini, aku dikhabarkan yg mana tidak akan berlaku sebarang pertukaran staf antara jabatan sbb tugasan di sini adalah specialist, yg hanya boleh implement di situ. Maka tiada ruang utk bertukar angin atau mencuba ruang kerja lain sepanjang berada di sini. 

Namun, terdapat insiden di mana, ada seorg staf telah berjaya mengeluarkan diri dari pejabat lama aku tu, tanpa pengetahuan bos pun. Sedar² dah sampai surat berpindah. Ada bagusnya sbb boleh bertukar, sekiranya diketahui oleh bos, nescaya bos akan potong line di pertengahan proses pertukaran tersebut. Yg tak bagus adalah, bos akan jaja perkara² tak elok berkenaan staf tersebut, biarpun setelah sekian lama. Bos ni akan cuba api² kan berkenaan kerja dan peribadi staf tersebut kepada bos barunya. Tak terbayang betapa manusia boleh menjadi begitu teruk, bilamana ego tercabar dan maruah tercalar. Semoga dilembutkan hati dan diberi peluang untuk bertaubat selagi masih bernyawa.

Jadi tanggal 1 Ogos aku mula melaporkan diri kepada bos baru, seorang dekan berpangkat Ir. Dr. Jika di UTM, pangkat ni bersepah, dan belum lagi boleh menjadi dekan. Namun itu lah dia bos baru. Aku dikhabarkan juga bahawa bos lama aku, dah pun buruk² kan aku kepada bos baru, seperti mana yg dia lakukan sebelum ni. Aku redha, sbb aku dah faham perangai dia, itu adalah hobinya, memburukkan orang lain, tak boleh tengok orang lebih sikit. Typical malay.

Aku kena tukar sbb pada 1 September adalah tarikh untuk aku renew kontrak kerja. Oleh itu, bos lama aku dipanggil untuk justify samada aku hendak disambung kontrak atau terminat, atau tukarkan jabatan. Bos lama aku hanya boleh cadang kepada pihak Sumber Manusia, keputusan di tangan mereka. Rata-rata staf lama mmg dah masak dgn bos lama aku tu, jadi mereka buat keputusan untuk pindahkan aku ke bahagian akademik, fakulti. Namun, sebab nama aku dah diapi² kepada dekan, dekan pun termakan hasutan, di mana dekan cuba utk reject aku dari dipindahkan ke fakultinya. Tapi in the end, HR berkeras supaya cuba dulu, baru tahu.

Sekarang, aku masih belajar memahami prosedur baru, gerak kerja baru. Workload berganda² lebih banyak dari tempat kerja lama. Namun ruang untuk belajar terbuka luas. Dan bos baru aku bagitau yang dia boleh bekerja dgn aku, secara tidak langsung menyangkal perkhabaran yg dibawa oleh bos lama adalah tidak tepat. Setiap orang mempunyai gerak kerja berbeza dan mempunyai kesesuaian bekerja dgn org berbeza.

Jika berada dgn orang yg salah, maka potensi sebenar kita tidak akan menyerlah. Maka berilah peluang kepada diri sendiri bila mana kita berada di penghujung pengharapan untuk berubah, kepada perkara baru, suasana baru, teammate baru, dan apa jua yang baru² agar kita lebih kritis dalam menilai di mana kemampuan diri kita. 

Jika aku dulu merasakan quit SKIT adalah satu tindakan yang merugikan, maka ketahuilah, tiada siapa yang lebih mengetahui apa yang akan berlaku melainkan ALLAH. Hari ini, aku rasa bersyukur dgn apa jua yang telah berlaku, kerana Allah bagi peluang kepada insan kerdil ini untuk bertaubat, berfikir dan merancang, untuk masa depan. Semoga kejayaan bersama rakan-rakan SKIT sekalian. Aku tetap sayang korang mcm aku sayang diri aku.


Oct 12, 2014

Dosa, Kemaafan & Usaha.

Assalamualaikum, pagi tadi merupakan hari konvokesyen kali ke-8 TATIUC. Penyampaian Diploma & Ijazah kepada kira2 460 bakal Alumni TATIUC. Ni kali ke-2 aku terlibat secara langsung dgn acara konvo mcm ni. Last year, aku masih tak tahu ape2 lagi, skang dah pandai in-charge sikit.

Bila tengok budak2 ni konvo, teringat bila aku konvo dulu tahun 2011. Susah payah belajar kat UTM, dengan kehidupan single, kaki keluar malam lepak McD, merempit sana sini sorang2 sbb bosan. Minggu pertama kat UTM aku dah pakai RXZ. Orang lain takde kenderaan lagi time tu, so moto aku la jadi bahan pinjaman bebudak satu kos. Ada yang isi minyak, ada yang buat buta tuli je pakai tak reti nk isi minyak. Time tu takde lagi kenaikan harga minyak ni. Tapi pakai RXZ tak lama, lepas je hantar repair pedal starter kaki dan tukar asbestos dalam ekzos, seminggu lepas tu hilang kat Jusco Taman U. Hari jumaat lepas balik ofis, masa tu LI kat Pejabat Kewangan Bahagian Staff, singgah Jusco nak g toilet & solat Asar, dalam 15mins je keluar tengok dah takde. Masa tu cadang nk gi beli makanan kat Pasar Malam Tmn U. Moto yang asalnya milik abang aku tu mmg legend, enjin virgin tak pnah kacau. So, kemungkinan besar, moto aku tu dah kne aim lama dah. 

Walaupun moto dah hilang, abang aku selaku pemilik asal moto tu takde pulak nak basuh2 aku, marah2 aku, maki2. Tapi pasrah je, redha je. Aku pulak yang rasa bersalah lebih. Dari situ, aku belajar erti memaafkan, dan redha dengan qada' qadar yang Allah telah tetapkan. Banyak aku belajar selama aku duduk kat UTM ni. Kenal erti kawan2, kenal erti cinta, kenal erti dosa pahala. Walaupun terbabas jauh, Allah tetap bagi peluang kat aku untuk balik ke jalan yang asal.

Aku mengaku aku tak ramai kawan kat UTM, sebab aku lebih suka menyendiri. Aku tak suka terikat dgn sapa2 dalam apa jua aktiviti. Aku lebih suka untuk in-charge masa aku sendiri, nak pegi mana, balik kul berapa. Biar la org cakap aku sombong ke, penting diri sendiri ke, kedekut ke. Bila part2 yang mmg perlu keluar ramai2 macam bila naik kereta aku behave je, follow je. Takde masalah, tapi most of the time mmg aku sorg2. Aku tak kesah. 

Bila dah start master, yang aku mula2 buat masa dari jadi RA dgn Dr. Min, pastu jadi ARO dgn Prof Hafidz, aku mula kenal erti rakan sekerja, erti buat kerja secara berkumpulan, erti hidup bersama. Mula timbul rasa nak cari teman hidup, dan memang aku betul2 nak cari teman hidup. Jumpa the only one yang aku rasa sesuai dan boleh memahami cara hidup aku tanpa prejudis, seorang yang mmg lain dari yang lain, bertanggungjawab. Namun jodoh tak panjang. 

Hidup aku jadi umbang ambing, dan aku boleh rasa si dia pun gitu. Ada juga idea untuk melawan ketentuan, mendesak tanpa henti, berani mengharungi akibat perbuatan. Dan kesudahan yang pasti, tanpa restu, tanpa berkat, tanpa persaudaraan, tanpa ikatan. Aku akan jadi seperti aku di UTM dulu, sebatang kara, pagi petang siang malam sorang2. Walaupun aku akan bersama dia, tapi kehilangan keseluruh kehidupan aku sebelum tu. Aku hilang jati diri, hilang asal usul, hilang keberkatan hidup. 

Bagi sesetengah orang, bersama dengan orang yang tersayang dah cukup utk justify perbuatan tanpa mengambil kira apa yang orang dah korbankan untuk diri kita dari kecil sampai ke hari berkenaan. In the end, orang yang sayang kita hanya nak perkara yang terbaik untuk kita. Diorang tak gain apa2 jika kita bahagia, diorang pun tak rugi apa2 kalau kita merana. Tapi, orang yang sayang kita, akan cuba sedaya upaya untuk bantu kita tak kira apa salah silap kita, apa dosa kita, apa sejarah silam kita. Itulah ibu bapa, keluarga kita. Memutuskan hubungan dgn mereka adalah seperti memutuskan hubungan dgn dunia luar, dan gi duduk dalam hutan, dalam gua, dan hanya berkomunikasi dgn pokok, binatang dan batu. 

Aku tahu masa lalu aku tak boleh nak patah balik untuk perbetulkan keadaan, undone perkara yang telah berlaku. Tapi aku tahu keampunan Allah tu amat luas, walau sebanyak mana dosa2 macam pasir kat pantai, selagi mana tak syirikkan Allah, tak sekutukan Allah, ada ruang2 untuk bertaubat. Namun dosa sesama manusia takkan selesai selagi mana si pesalah tak minta maaf, dan si mangsa tak memaafkan. Aku tahu di Padang Mahsyar nanti, aku akan kena cari balik mereka2 ni, merangkak2, hanya untuk meminta maaf walau sekecil2 dosa. Aku tahu tu, tapi aku tetap akan usaha untuk memohon maaf, kepada mereka yang berkenaan, selagi mana aku berpeluang, selagi mampu menarik dan menghela nafas, Sebab aku tak tahu bila ajal, maut akan menjemput. Yang pasti aku semakin hampir dengan kematian, setiap saat yang berlalu. 

Sekian, wassalam.

Oct 11, 2014

Duniaku duniamu terpisah.

Assalamualaikum, jarang-jarang sekali aku publish anything mcm ni. Masuk ke ruangan blog ni utk type something selalu sangat, tapi tak sure nak tulis ke tak. In the end, save je la as draft, dah lama skali skala jenguk tengok kot2 ade semangat nk sambung balik.

Tapi kali ni aku gagahkan jugak la, after lebih setahun aku keluar dari impian dan hidup yang aku usahakan. Sungguhpun gitu, aku takde rasa kesal, sedih sebab aku mmg betul2 pegang rezeki, jodoh, ajal maut tu dah memang ditetapkan. Usaha macam mana pun kalau dah bukan utk kita, sampai mati pun takkan. Kalau dah memang utk kita, takyah cakap la, kejap je kalau benda nak jadi ni. Ada part yang kita kena korbankan segalanya utk dapatkan apa yg kita nak, ada jugak part kita takkan dapat walaupun dah korban semua benda.

"Apa khabar orang di sana? Aku betul2 harap korang sehat, ceria & terus berjaya dalam bidang korang. Semoga cepat2 la korang fly ke Dubai". Kadang2 benda2 mcm ni hanya berlegar2 di dalam fikiran aku. Kadang2 dah siap taip, tnggu nak send je, tapi tak send. Selalunya nak say "Hi!" tapi sebut kat depan FB kat page korang. Tak kesah la dah unfriend ke, block ke. Aku tetap sayang korang dan aku mintak maaf atas segala kesalahan yang aku pnah buat secara sedar atau tak sedar. Aku betul2 kesal dengan apa yang dah jadi antara kita selama ni.

Hanya Allah je yang tahu perasaan yang aku pendam selama ni, dan hanya Allah je yang tahu apa yang terbaik utk aku dan korang. Cuma jangan abaikan Allah, Allah takkan abaikan kita. Ada masa kita lalai, terbabas, tapi Allah bagi masa untuk kita balik semula bertaubat, mohon ampun. Selagi kita hidup apa jua kemungkinan boleh jadi. Doa ngan Allah, macam aku buat tiap2 malam, sebelum tido.

Tapi kenangan, tetap akan jadi kenangan, sampai bila2. Hari ini pun akan jadi kenangan jugak nanti. Hari esok belum tahu apa akan jadi walaupun dah rancang dgn teliti. Oleh sebab itu, mungkin ajal aku sampai bila2, maybe esok, maybe lusa, maybe japgi. Aku dengan rendah hati memohon maaf, ampun sekali lagi, dan mungkin utk kali terakhir, kepada semua yang mengenali, halal makan minum, hutang2 boleh inform berapa, Insyaallah aku bayar, dan untuk sesuatu yang aku telah ambil, yang tak dapat utk aku pulangkan. Aku betul2 menyesal dan memohon maaf.

Semoga Allah membalas jasa, budi baik korang. Wassalam.


May 27, 2014

Berakhirnya Sebuah Pengakhiran

Assalamualaikum,

Well said, hehe.. hari ni rase tenang, tenang sebab sebuah pengakhiran telah berakhir. Bila mana beberapa org yang aku kenal dah mula or/and telah mula move on dari satu situasi/status ke suatu situasi/status yang lebih baik. Menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam, dan hari esok akan lebih-lebih baik dari hari ini, Insyaallah.

Orang yang dimaksudkan adalah, 2 org rakan sekerja akan mendirikan masjid dalam sminggu dua ni, iaitu En. Yusuf Nawawi (29 or so), & En. Rahemmi (28 or so), semoga berbahagia dengan pasangan pilihan masing-masing. Dan juga rakan seperjuangan dulu, yang berjaya mengharungi liku-liku kehidupan dan menemui sinar baru dalam hidup mereka.

Akan tiba masa untuk kita menjadi lebih kuat demi menghadapi hari esok, sebab apa yang berlaku hari ini mempunyai hikmah tersendiri pada hari esok. Allah takkan mensia-siakan apa yang telah kita lakukan, dengan niat yang betul, sebab tanpa usaha kita tidak dapat merubah apa yang akan berlaku. Dan walaupun dengan usaha, tanpa izin Allah, apa yang akan berlaku tidak akan berubah. Namun, apa yang kita doa, Allah pasti mendengar, doa diterima atau dimakbulkan, itu urusan Allah, diluar kemampuan kita, hamba sahaya.

It's been a tough week, bila mana my wife dapat tawaran cikgu ganti di Besut, dan aku bertugas di Kemaman. Hanya berkomunikasi melalui fon. Namun aku percaya, semua itu ketentuan. Aku buat keputusan untuk kebaikan, untuk kemajuan kami berdua. Apa pun cubaan, aku akan hadapi semampunya. Dan hari ni, my wife naik bas datang ke Kemaman, sebab sekolah cuti seminggu.

May she bring me a brighter day. Insyallah.

-Wan-

Apr 16, 2014

Mula dengan Bismillah, akhiri dengan Alhamdulillah.

Assalamualaikum, bismillah, syukur pagi ni masih diberi kudrat untuk bangun dari tidur, untuk meneruskan sisa-sisa hidup yang berbaki tak tau lama mana. Sedar tak sedar, jika dilihat pada apa yang telah berlaku, yang mula-mula dirasakan tak boleh nak buat, but still here I am, still standing. Perjalanan yang bergolak, dari student master, brenti, then kerja kat Accenture, kena denggi, then brenti, kerja kat Tati, till now.

Banyak benda aku let go dalam setahun kebelakangan ni, on top of that, banyak jugak benda yang aku gain. Well tak boleh tidak, tu dah lumrah. Give and take, lebih kurang je. Bezanya macam mana nak handle the situation, dan redha dengan apa yang berlaku. Just tak perlu risau, ujian yang datang tu dah memang sesuai sangat utk kite, tak lebih tak kurang. Be brave and move on.

Orang pernah cakap, tak lari gunung di kejar, kalau dah jodoh takkan ke mana, dan lain-lain. Even lepas kawin, aku still percaya perkara-perkara ni. Dan tak mustahil aku ada jodoh dengan dia, hopefully. Tu pun kalau dia still nak kat aku (haha, ni slalu mesti kena marah sbb berfikiran negatif). Harap Allah pelihara dia dan kurniakan yang terbaik utk dia.

Well then, selamat maju jaya untuk semua. Alhamdulillah, terima kasih.


Jul 26, 2013

Another Start Up =D

Salam guys,

Dah lama tak update blog, so now I'm gonna update few things about me that I think may be you guys rasa cam nk tahu. Kalo aku perasan sorg2 pn lantak la. Blog aku kan. Hahaha..

So skang, aku dah tak duk kat UTM dah, pengajian Master Skim Keusahawanan IT, yg lebih sinonim sbgai SKIT, dah pun tamat. Biarpun status skang ni "tangguh pengajian", aku officially brenti study. Demi mengejar perkara yg lebih besar, iaitu KEJE. Haha. 

Then about keje skang, pas interview few months ago, Alhamdulillah aku dapat jugak keje as Graduate Trainee, kat Accenture Solution. Itu pn lepas Akim inform pasal program ni. Kontrak selama 3 bulan bermula 2 minggu lepas, harap2 boleh la bertahan. 3 bulan sbgai trainee, kat company swasta, what to expect. First day dah keje teruk, keje kene belajar la ape yg diorg buat kat situ, then duplicate. Few days, aku dpt sikit la insight ape yg patut aku kena buat. Aku assigned dalam team Siebel TA, salah satu cabang big team Technical Architecture. Tmpat keje aku lak kat TM Annexe 2, sebelah Menara TM. So projek2 yg aku buat mmg ade kaitan ngn TM la. Team aku akan handle software2 utk Unifi, Streamyx. Keje 8 jam normal, kadang2 lebih la, kalo ade deployment.

About living lak, aku stay kat Mentari Court Apartment, Petaling Jaya, tumpang je awal2 ni. Maybe akan cari rumah lain, maybe stay. Tengok keadaan. Gaji pn lom masuk. Duk sini rumah 3 bilik, penghuni 7 org, tak termasuk aku. Aku stay kat ruang tamu je, biase la menumpang kan. Haha. Living cost sini mmg tinggi, kalo nk hidup berkeluarga sini, rumah je RM700+, bayar parking RM300+ utk 3 bulan, parking tmpat keje RM9/day.. pusing2 sure kena tol bagai. Makan minum toksah ckp la, sume mahal, nasi lemak+ayam kalo tak cecah RM6+ tak sah. Haha. 

So gini la life aku skang, good bye to student life. Welcome to typical adult life. Stay kat KL mmg ssh nk senang kalo tak tahu cara. Nak hidup tu boleh la, senang mmg tak la. Ape2 hal aku nk balik duk kg je la. Aman, otak tenang, makan asal terlintas bleh makan. Sini kena tgok tmpat, halal ke tak, bersih ke tak, sedap ke tak. Nk cari yg sedap sure jauh, then penat nk cari celah2 bangunan. Korang yg masih lam SKIT tu blaja la elok2. Korang ada masa depan yg cerah, walau ape yg berlaku, jgn jd mcm aku. Aku ni mcm failure product of SKIT. K la. Maju korang utk diri korang sendiri ye. Salam.

May 14, 2013

Come Forward & Say It Loud

Assalamualaikum,

Dah lame tak menulis,
Setel keje untuk hari ni, Arduino demo..
Esok present untuk assignment Dr Khalil..
Next day, kelas Dr Zaidi..
Then kinda free until next Monday..

Hmm, things byk terjadi since last few months..
Last 5th May ade 13th General Election, won by BN..
Last few weeks, selesai hantar borang² permohonan loan kat Syaz..
Then, thanks to Syaz, foward ke pihak MARA..
Alhamdulillah, Ira, Fara & me selamat pergi dan pulang..

Coming assignement pulak should be..
Kerja Dr Noraini, report Dr Zaidi, & assignment Dr Shahrizal..
Ade keje yg terlepas pandang? Eh?
Gates Scholar Foundation, 23rd May ni..
Insyallah geng² SKIT lain yg dapat..

So hari ni, aku dapat tahu yang..
Actually, sume geng² SKIT tak puas hati..
Or marah kat aku, for some reason..
Or maybe for the reason, the same reason..
Yang aku pun tak sure ape reason nye..

Walau ape pun yang diorg tak puas ati..
Bagi aku, aku xde ape² perasaan benci kat diorg..
Selain dari gurau², trolls, sakat menyakat, takde ape² yg serius..
Aku pun takde la amik serius sgt ngn ape yg diorg buat..
Groupmate atau tidak, semua same je..

Untuk mereka² yang ade pendam rase tak puas hati..
Thanks la, maybe selama ni korang banyak membantu..
And maybe aku tak appreciate bantuan korang..
Or aku gurau² secara kasar or keterlaluan, aku mintak maaf..
Aku pun macam tak lama ngn SKIT ni, pasni korang bleh la hepi² mcm sedia kala..

For some reason, aku akan stop SKIT ni lebih awal dari ape yg aku jangka..
Maybe next week, atau other next week, or next month..
Esok aku akan try to find out mcm mane nk quit SKIT ni..
Well aku sayang korang, mcm adik beradik, kalau ape² yg aku ckp kasar..
Takde niat nak mengguris hati, lebih untuk menegur, mendidik & bergurau..
Jangan la amik serius sgt ape yg aku ckp, aku bkn nye betul sgt..

Untuk yg tersayang, maaf ye tibe² ambil keputusan mcm ni..
Plan kite kene berubah banyak sebenarnye, so meh la kite solat Istikharah..
Mintak petunjuk, yang mana terbaik untuk kita, bersama atau bercerai..
Sebab ape yg akan berlaku bukan lah benda yang boleh dibuat main²..
Penyatuan dua keluarga, memerlukan pengorbanan yang besar, dari kedua² pihak..

Farewell guys, even aku tak rasa entry ni akan dibaca oleh golongan sasaran..
Aku rasa aku perlu tulis untuk luah ape yg aku rase..
Luah pasal ape yg aku perasan perubahan korang terhadap aku..
Maybe korang ingat aku suke cari gaduh, dgn provoke korang..
Well mmg betul aku suke gaduh, untuk yg mane betul² tak suke kat aku tu..
Meh come foward say it loud, kalau dah benda tu betul buat ape nak sorok²..
Cakap direct biar aku faham, biar aku bleh ubah yg mane tak betul tu..
Takyah nk buat muke depan toye aku, then buat² ramah ngn aku..

Haha..aku tunggu je.. Adios